Pada suatu hari , Mat Jenin telah disuruh ibunya untuk membeli emas di bandar.
Ibunya berpesan sebelum beli, tanya harga dan kualiti dulu. Mat Jenin pun tanpa berfikir panjang terus
ke bandar.
Setelah sampai di bandar ,Mat jenin pun singgah di kedai emas.
Mat jenin : Saya nak tanya harga dan kualiti emas ni?
Penjual : Harga Rm 300 dan 0.5 karat.
Mat jenin : Kalau yg ni pulak macam mana ?
Penjual : RM 500 dan 0.7 karat.
Mat jenin : Kalau yang tu pulak ?
Penjual : RM 800 dan 1 karat.
Dan dengan rajinnya Mat jenin bertanya setiap emas yg di jual di kedai itu. Selepas itu, dia pun pulang dengan tangan kosong. Ibunyapun bertanya :
Ibu : Mana emas yg mak suruh beli ?
Mat jenin : Mak “better” jgn beli emas kt kedai tu.
Ibu : Kenapa ?
Mat jenin : Sebab semuanya dah berkarat