Thursday, March 22, 2012

GYM....

Ada sorg mamat nie, 1st time pergi gym.. dia
tengok ada banyak mesin; treadmill, rowing
machines, chest-and-back machines, stair
climbers/steppers lah.. macam-macam, sampai
dia pening.
Dia pun pergi tanya seorg brother badan ketul-
ketul; "Bro, kalau kita nak awek suka kita, nak guna
mesin mana? "
Brother badan ketul-ketul pandang dia atas bawah
dan dgn selambanye menjawab; "Guna mesin
ATM der!!" :D

Monday, March 19, 2012

Cabutan Hadiah Misteri Untuk Pengunjung GOS.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Kami dari warga Gempak Online Store [GOS] ingin membuat giveaway percuma kepada mana-mana pengunjung yang bertuah. Nak Join??? Alaaaa. Mudah saje.

Korang sumer nak ke tak hadiah free nih??

Antara Syarat-Syarat Utama
1.Ada Akaun Fesbuk
2. Telah Like Page GOS, Kalau Belum like sila like di ---> https://www.facebook.com/GempakOnlineStore

3.Ada Blog.

Cara untuk sertai cabutan bertuah ini
1.Anda harus copy entri ini kat blog korang
2.Publish post tersebut
3.Lepas publish Post tersebut, sila letakkan link post anda di bahagian komen di bawah post ini.
4.Tunggu sehingga cabutan telah dibuat
5.Semua peserta akan di pilih secara rawak melalui random.org
6.Pemenang akan dihubungi melalui email
7.Keputusan RANDOM.ORG akan di buat screenshoot oleh Admin.

Tarikh mula 19 Mac 2012(Isnin) sehingga 31 Mac 2012 (Sabtu)
Cabutan akan di buat pada 1 April 2012 dan pemenang cabutan bertuah akan di umumkan.
Sebarang Pertanyaan boleh di Ajukan di Fanpage GOS

Friday, March 9, 2012

HANYA SEPULUH !!!

Hanya Sepuluh

sewaktu adiknya pulang dari sekolah,dengan segera abangnya bertanya.
Abang : sudah adik menduduki ujian mathematik?
Adik : sudah.
Abang : macam mana dengan soalan nya?
... Adik : senang saja, macam kacang.
Abang : bagus! berapa soalan yang adik tak dapat menjawab?
Adik : tak ada.
Abang : bermakna adik dapat menjawab semua soalan dengan betul.
Adik : ya, ada sepuluh soalan yang adik jawab salah.
Abang : wah! pandai betullah kalau begitu,kalau setakat sepuluh sahaja yang
salah,masih ada empat puluh lagi yang betul.
Adik : tapi soalan nya ada sepuluh saja.......

download mana mana file mediafire yang dilinkkan dengan menggunakan ads adl.fy

Kepada blogger yang menghadapi masalah untuk download mana mana file mediafire yang dilinkkan dengan menggunakan ads adl.fy, cara untuk melepasinya adalah seperti berikut.

1. Klik link tersebut seperti biasa.
2. Tunggu 5 saat sampai keluar image "skip ad".
3. Right klik dekat image "skip ad" itu dan klik "copy link address"
4. Buka new tab, right klik dekat tempat isi url, klik "paste and go"
5. Sengih sorang sorang dan tekan download.

Selamat mendownload!

Monday, March 5, 2012

kisah mmg seram giler kaki pancing... kisah mmg seram giler kaki pancing...

kisah mmg seram giler kaki pancing...

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe.rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya…

hahaha..~

tolong tengok-tengokkan belakang kereta

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.

Farid: Baiklah , ibu!

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.

Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?

Farid: Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid: Okay ibu, dah kena pun pokok !

Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !

Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Saturday, March 3, 2012

BF,

BF,

Lelaki : awak da BF?
Perempuan : Saya tak ade BF.. n saya takkan suke sape2 pun!
Lelaki : Saya tanye awak dah Breakfast bukan ada BoyFriend !
Perempuan : $#@!

Kacang hijau masuk telinga

Kacang hijau masuk telinga

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke Klinik Samivelu, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda boleh ler tarik keluar."
Pesakit : "Huh

wartawan datang kerumah Pak Pandir

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tengok ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...

dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....

dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.

Friday, March 2, 2012

Cara Hack Facebook :


Cara Hack Facebook :

1. Tanya sendiri kepada rakan anda apa password facebooknya, jika dia memberitahu bererti anda beruntung dan teman anda itu ‘bangang!’

2. Di saat teman anda ingin login di facebook, cepat intip password yang dia tulis tanpa pengetahuannya , jika kantoi – risiko anda.
...
3. Pergilah ke tempat yang boleh mengajar anda untuk membaca fikiran orang lain agar anda dapat membaca fikiran orang itu di saat dia menulis password untuk login facebook.

4. Ancam dengan menggunakan senjata kepada rakan anda / orang lain agar dia memberitahu passwordnya, jika dia report polis, itu tanggung jawab anda.

5. Pergilah ke dapur anda untuk mengambil pisau atau meminum baygon agar anda cepat mati, kata orang-orang kalau orang sudah mati, roh dia mengetahui semuanya, jadi anda boleh mengintai passwordnya dengan mudah. Lagi sekali risiko anda tanggung sendiri.

6. Kalau semua cara di atas tidak berhasil, maka anda kurang beruntung dan loginlah di facebook anda sendiri kan senang, apakejadahnya nak login akaun facebook orang kan?

SEMOGA BERJAYA ! =3
Sparkly Ice