Thursday, April 12, 2012
If Aaron Aziz jadi deejay radio. XD
If Aaron Aziz jadi deejay radio. XD
Pemanggil: Abang Aaron Aziz, saya ada masalah la.
Aaron Aziz: Iye sila luahkan masalah anda. Dr. Love sedia membantu.
Pemanggil: Masalahnya saya dari dulu lagi dah jatuh cinta dengna Abang Aaron la. Camner nie bang?
Aaron Aziz: Oh itu bukan masalah. Itu namanya mencari masalah dengan bini saya.
Friday, April 6, 2012
Wednesday, April 4, 2012
("LAWAK") pelayan.....???
PELAYAN : nak minum apa encik?
MAT : bagi saya milo ais satu.
A CHONG : Saya mau minum itu sirap limau....
PELAYAN : ok.....makan cik?
Mat : Saya nak nasi goreng satu...telur mata kerbau satu..
AH Chong : Kasi saya itu "WANTAN MEE"
maka pelayan tadi terus beredar beberapa minit kemudian dia datang semula.....lalu berkata
PELAYAN : mintak maap la cik tukang masak saya suruh bagitau yang ada kat dapur la ni cuma telur ayam .... kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik....lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 tiga pinggan tu ada la tapi kalau sampai "ONE TAN" mee tak cukup la cik........
MAT & AH CHONG : ???????????????????????
("LAWAK")...mayat.
1 mayat orang tua dikeluarkan dari peti ais untuk di kebumikan.... setelah di keluarkan, ada air mengalir di muka orang tua tersebut. dengan rasa ketakutan cucunya memanggil neneknya.....
cucu : nek...,atuk kuar peluh..
nenek : oo000....atuk kamu first time meninggal mestila nervous ckit...
("LAWAK GANAS")......kedai kene rompak !!!
Pada suatu hari,dua orang pekerja di sebuah kedai emas merungut kerana dimarahi oleh bos mereka kerena kedai mereka telah dirompak buat kali yang kesepuluh (sama macam ulang tahun kedai tuuuuu ).
Pekerja 1 :Apasal kedai kita je yang kena rompak.
Pekerja 2 :Ini semua salah bos la........
Pekerja 1 :Kenapa kau cakap macam tu?
Pekerja 2 :Ye la.....sape suruh dia letak papan tanda "sila datang lagi"
("LAWAK SERAM")....???
Siapa tu???
Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit tenat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar.
“Siapa di luar?” teriak orang tua itu dengan ketakutan.
“Saya Malaikat Maut!”
“Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota Polis !”
("LAWAK")...lesen Baru...
Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.
("LAWAK GANGSTER")......cucur udang
CUCUR UDANG
Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsengan lagi...
setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
Adalah pada satu hari tu dgn tiba2 datanglah sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...
dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata..." dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak" dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya... "ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising...tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising
pulak".
("LAWAK")....kira arnab ...Cikgu dah Atan...
Cikgu: Atan...cikgu nak tanya kamu satu soalan matematik....Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh ..cikgu..
Cikgu:??...Atan dengar baik2 soalan cikgu dan jawab dengan betul...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh.....
Cikgu: Ok..kalau soalan macamni plak...Kalau cikgu bagi kamu 2 biji epal dan 2 lagi biji epal dan lagi 2 biji epal...Berapakah epal yang ada pada kamu?
Atan: Enam..cikgu..
Cikgu:Erm..bagus...cube atan dengar dan jawab balik soalan cikgu memule tadi...Kalau cikgu bagi kamu 2 ekor arnab dan 2 ekor lagi dan lagi 2 ekor arnab...Berapakah arnab yang ada pada kamu?
Atan: Tujuh la...
Cikgu:Kenapa plak tujuh...Atan awak ni paham ke tidak soalan cikgu...knpe tujuh...why?..why? [cikgu nye naik tensen]
Atan:Sebab kat umah saye dah de seekor arnab..
("SEDIH")...BUKU...!!!
Sad Ending
Pada suatu malam, terdengar dialog-dialog ini di dalam sebuak bilik.
Suami : Kenapa sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad ending lah bang.
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah
("LAWAK KANToi") pembantu rumah...???
Pembantu Rumah
Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan ..............jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi. Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan............saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang..............saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam..........."
("LAWAK") pendek dan panjang
Pendek dan Panjang
seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya
Guru : Kamu ni murid baru kan?
Murid : Ya.....cikgu!
Guru : Nama kamu siapa?
Murid : Mat.
Guru : Nama panjang kamu?
Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!
Guru : Besok saya gelak!!
("lawak atok dengan cucunya")....post surat...KE?
POST SURAT
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"atok buat apa tu?"
"atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya
Cucu bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
("LAWAK KESIAN") so poor,lets go to my rumah
Pada suatu petang,sepasang suami isteri baru berkahwin...
pada petang itu,si isteri pun pesan kepada suaminya kerana kebetulan suaminya hendak ke surau...
"bang,saye nak ikan ni,belikan la kepala ikan 10kilo ye"
"Insya Allah, ok bye"jawab suaminya...
on the way tengah dalam kereta tu,die nampak seseorang itu sedang memakan rumput di padang sekolah lalu bergegas turun dan berkata
"assalamualaikum cik, apesal cik makan rumput ni???"
"dah xde ape lagi yang saye mampu cik, duit xde nak beli makanan,makanan yang ade rumput je la" si miskin menjawab dengan sedih...
dengan penuh rase kasihan si lelaki itu berkata "so poor,lets go to my rumah,at my rumah more food!!!"
dengan berasa pelik si miskin berkata "ape mende yang cik cakap tu?"
"xde ape2 lah,dah jom ke rumah aku..."
lelaki tu pon membawa si miskin itu ke dalam kereta...
dalam perjalanan ke rumah si miskin berkata "oh,sungguh baik hatimu..sampai sanggup memberiku makanan,oh...terima kasih"
dengan selamber orang itu berkata "hehe,tak pe,kat rumah saye tu rumput die lagi panjang2"
("LAWAK ANTARA GURU DENGAN MURID").....ulat gonggok berapa kaki?
ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.
Pelajar: Cikgu pandai tak?
cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu...
pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni
Cikgu : ha, ape dia?
Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?
Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?
Pelajar : salah
Cikgu : 99
pelajar : salah!
Cikgu : emm...da tu berapa kaki
Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu...
pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..
Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?
Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...hehehe
("LAWAK MAUT") hukuman Mati
Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..
?Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali?
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya.... dan perpanjangan..
?Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat yaaa.? katanya
Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata ..
?Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja.., tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa...
("LAWAK") SUamiku...keluar masuk disko
Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku."
"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan.
"Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko." jawab si ibu muda.
"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi.
"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.
("LAWAK") anjing peliharaan
Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.
Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?
Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...
Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.
Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit. Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".
("LAWAK")Salam…Salam…bangun nak, pergi sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam…Salam…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah mak… Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik…. Pertama: Salam sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salam kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
("LAWAK") kisah anak dengan bapa....=bintang=.
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat
bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah
abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
("KESIHATAN") klinik mata..
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
Subscribe to:
Posts (Atom)