Wednesday, April 4, 2012
("LAWAK")Salam…Salam…bangun nak, pergi sekolah
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salam…Salam…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salam: Alah mak… Salam tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.
Salam: Semua murid-murid tak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salam!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik…. Pertama: Salam sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salam kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”